14 cedera dalam letupan bom motosikal

14 cedera dalam letupan bom motosikal

PATTANI, 10 Jun – Seramai 14 orang cedera termasuk dua anggota tentera parah dalam kejadian letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik, Pattani petang semalam.

Ketua Polis Pattani Mej Jen Phongsak Wangsupa berkata, sasaran bom buatan sendiri seberat 30kg itu adalah sebuah bas tentera membawa pelajar dari Kem Ingkayuthaborihan ke bandar Pattani.

“Nasib baik, ketika kejadian bas terbabit tidak membawa sebarang pelajar. Bagaimanapun letupan itu menyebabkan sebuah kereta dinaiki dua anggota tentera rosak teruk dan mengakibatkan mereka mengalami kecederaan parah,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Rosak... Kereta yang dinaiki dua anggota tentera yang cedera parah dalam letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik petang semalam. – Bernama
Rosak… Kereta yang dinaiki dua anggota tentera yang cedera parah dalam letupan bom motosikal di Jalan Pattani-Hatyai berhampiran daerah Nong Chik petang semalam. – Bernama

Selain itu katanya, sebuah van membawa penumpang dari Pattani ke Hatyai turut terkena serpihan bom terbabit mengakibatkan beberapa penumpangnya mengalami kecederaan.

Phongsak berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat tentang kejadian dan melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian itu. – Bernama