14 cedera, pangkalan diserang pemberontak

14 cedera, pangkalan diserang pemberontak

BANGKOK, 31 Julai (AFP) – Empat belas orang cedera dalam satu serangan hari ini oleh pemberontak yang bersenjatakan pelancar bom tangan dan senjata automatik di kawasan selatan Thailand, kata pegawai.

Serangan pada awal pagi ke atas anggota sukarelawan keselamatan kampung, pasukan perlindungan tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menentang pemberontak, di wilayah Yala meninggalkan empat orang cedera parah, beritahu polis kepada AFP.

“Seramai 30-40 tersangka menyerang sebuah pangkalan di daerah Yala pada kira-kira pukul 1 pagi. Mereka menembak pelancar bom pada mulanya, kemudian mesin gan M16. Ia berlangsung kira-kira 30 minit,” kata Tanongsak Wangsupha, komander polis Yala, salah satu daripada empat negeri selatan Thailand yang dibelenggu perang selama satu dekad.

“Pemberontak mahu menunjukkan semula kuasa mereka memandangkan penduduk kampung sekarang bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri,” kata beliau, menambah anggota sukarelawan keselamatan adalah beragama Islam.

Konflik tersebut membabitkan pemberontak Melayu Islam dan anggota keselamatan dari Thailand, yang memisah rantau itu lebih satu abad lalu.

Lebih daripada 6,400 orang telah terbunuh sejak 2004, kebanyakannya penduduk beragama Buddha dan Islam yang disasarkan disebabkan sokongan mereka terhadap negeri Thai.

Pemberontak berkata mereka mahu autonomi untuk rantau itu, yang bersempadan dengan Malaysia, menuduh Thailand menyalahgunakan hak – termasuk pembunuhan di luar bidang kehakiman – dan mendesak kebudayaan tempatan dengan skim asimilasi paksaan.

Berpuluh ribu tentera, polis dan tentera separa menguatkuasakan keselamatan di seluruh kawasan Selatan. Thailand juga membayar dan membekal senjata kepada beribu-ribu anggota sukarelawan kampung untuk menyediakan keselamatan mereka sendiri, terutamanya di kawasan terpencil Islam.

ARTIKEL YANG SAMA