14 dilaporkan maut dalam nahas bas Jordan

14 dilaporkan maut dalam nahas bas Jordan

KAHERAH, 17 Mac (dpa) – Kira-kira 14 warga Palestin di selatan Jordan maut dan 36 lagi cedera apabila bas mereka terbalik, lapor Jordan Times hari ini, memetik pegawai keselamatan.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Mudawara menyeberangi ke Arab Saudi lewat kelmarin, ketika kumpulan itu dalam perjalanannya ke Mekah untuk mengerjakan umrah, menurut akhbar tersebut.

Beberapa yang cedera itu dalam keadaan yang kritikal, kata Jabatan Pertahanan Awam Jordan (CDD).

Pemandu bas mungkin hilang kawalan, kata CDD.