14 jemaah haji Thailand dikuarantin

14 jemaah haji Thailand dikuarantin

NARATHIWAT, 2 Okt (Bernama) – Sebanyak 14 daripada 287 kumpulan pertama jemaah haji Thailand yang pulang ke tanah air semalam dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Mereka dikuarantin di Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk pemantauan. Mereka tiba di Lapangan Terbang Narathiwat pada kira-kira 1.30 tengah hari dengan penerbangan TG8803 Jeddah-Narathiwat.

Untuk keselamatan semua jemaah haji diminta supaya memakai topeng sejak berlepas dari Jeddah.

Sebahagian daripada jemaah haji wanita Thailand menjalani pemeriksaan suhu badan selepas turun dari kapal terbang sekembalinya daripada menunaikan Haji di Mekah di lapangan terbang Narathiwat, selatan Thailand. – AFP

Dr Sanpon Ritiraksa, Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Narathiwat berkata pemeriksaan kesihatan terhadap jemaah yang tiba dilakukan oleh pegawai kesihatan Hospital Narathiwat Rachanakarin dan doktor dari kem tentera laut Chulaborn.

Terdapat 10,400 jemaah haji dari Thailand tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA