14 Jun rundingan damai Yaman

14 Jun rundingan damai Yaman

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 4 Jun (Reuters) – PBB akan melaksanakan rundingan damai di antara pihak-pihak yang bertelagah di Yaman pada 14 Jun ini di Geneva, tarikh yang dipersetujui kerajaan dalam buangan negara dilanda peperangan itu tetapi masih belum disokong oleh militia Huthi, menurut pada diplomat semalam.

Utusan PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed, memberikan taklimat secara tertutup kepada Majlis Keselamatan PBB semalam.

Ould Cheikh Ahmed berkata sementara kerajaan Yaman yang berpangkalan di Arab Saudi sudah bersetuju untuk bertemu di Geneva pada 14 Jun, militia Huthi masih belum bersetuju, menurut para diplomat pada taklimat itu, yang enggan disebutkan nama mereka.

Rancangan bagi rundingan di Switzerland minggu lepas ditangguhkan berikutan bantahan oleh kerajaan Yaman, yang mahu militia Huthi terlebih dahulu keluar dari Bandar-bandar utama Yaman dan mengiktiraf kepimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Gambar fail bertarikh 29 Mei 2015 menunjukkan utusan PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed ketika bercakap kepada wartawan sejurus tiba di lapangan terbang Sanaa di Yaman. – Reuters
Gambar fail bertarikh 29 Mei 2015 menunjukkan utusan PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed ketika bercakap kepada wartawan sejurus tiba di lapangan terbang Sanaa di Yaman. – Reuters

Pemberontak Huthi, yang menguasai ibu negara Yaman Sanaa pada September dan meluaskan pendudukan di seluruh Negara, mahukan gencatan senjata sebagai syarat awal rundingan.

Gabungan tentera Arab mula mengebom kedudukan Huthi sejak 26 Mac dalam bidaan untuk mengembalikan kuasa Hadi.

Negara-negara Islam Sunni menganggap Huthi sebagai ancaman kepada kestabilan Yaman, yang terletak bersebelahan dengan pengeksport minyak utama dunia Arab Saudi.

ARTIKEL YANG SAMA