14 juta computer guna Windows 10

14 juta computer guna Windows 10

PALO ALTO, California, 31 Julai (Agensi) – Microsoft mengatakan sistem operasi terbarunya Windows 10 sekarang digunakan pada lebih 14 juta komputer, dua hari selepas perisian itu dikeluarkan sebagai muat turun percuma.

Bagaimanapun ia masih jauh daripada sasaran syarikat tersebut pada mendapatkan Windows 10 kepada satu bilion peranti dalam jangka waktu tiga tahun.

Microsoft mengatakan ia mengeluarkan perisian itu berperingkat-peringkat bagi memastikan kerja-kerja memuat turun berjalan dengan lancar.

Dalam satu kenyataan blog pada lewat kelmarin, Microsoft mengatakan ia belum lagi menghantar Windows 10 kepada semua orang yang telah meminta penaikan taraf percuma kepada komputer yang menggunakan versi Windows yang lama.

Microsoft mengatakan 14 juta termasuk beberapa salinan telah dipasang pada komputer-komputer baru yang dijual di kedai.

Reaksi setakat ini begitu memberangsangkan, dengan beberapa pengulas mengatakan Windows terbaru itu merupakan satu peningkatan ke atas versi lama, yang dikenali sebagai Windows 8.

ARTIKEL YANG SAMA