14 kanak-kanak mati lemas

14 kanak-kanak mati lemas

MOSCOW, 20 Jun (AFP) – Kira-kira 14 orang kanak-kanak di perkhemahan musim panas di timur laut Rusia mati lemas apabila bot mereka karam dalam kejadian ribut di sebuah tasik, menurut para penyiasat semalam.

Kemalangan berlaku semalaman di Tasik Syamozero, berhampiran sempadan dengan Finland, menurut Vladimir Markin, jurucakap jawatankuasa penyiasatan Rusia.

“Para penyiasat telah selesai memeriksa mayat 14 orang mangsa. Menurut mereka kesemua mangsa lahir antara tahun 2002 dan 2004. Tidak ada orang dewasa dalam kalangan para mangsa,” Markin berkata dalam satu kenyataan.

Empat anggota kakitangan kem itu telah ditahan untuk disoal siasat ekoran tragedi itu,” tambahnya.

Pegawai kecemasan membawa kanak-kanak yang terselamat dalam sebuah bot di Tasik Syamozero di Korelia, Rusia. Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak yang dalam perkhemahan musim panas mati lemas selepas bot mereka terbalik dalam ribut di tasik itu, menurut penyiasat. – AFP
Pegawai kecemasan membawa kanak-kanak yang terselamat dalam sebuah bot di Tasik Syamozero di Korelia, Rusia. Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak yang dalam perkhemahan musim panas mati lemas selepas bot mereka terbalik dalam ribut di tasik itu, menurut penyiasat. – AFP

Kanak-kanak itu yang menyertai perkhemahan musim panas berhampiran tasik itu ‘jelas tidak memakai jaket keselamatan.’ Pemerhati hak asasi kanak-kanak Rusia, pavel Astakhov memberitahu agensi RIA Novosti.

Kementerian kecemasan berkata kanak-kanak belayar di dalam dua buah bot dan rakit apabila mereka dilanda ribut selepas waktu senja.

Para penyelamat telah menyelamatkan kira-kira 30 orang, kementerian membe-ritahu RIA Novosti.

Datuk bandar Moscow Sergei Sobyanin di dalam Twitter semalam berkata bahawa 10 orang kanak-kanak yang mati itu adalah dari Moscow. Para penyiasat telah memulakan penyiasatan jenayah ke atas kejadian itu untuk memastikan sama ada peraturan keselamatan air diikuti.

ARTIKEL YANG SAMA