14 keracunan makanan di restoran bertaraf Michelin

14 keracunan makanan di restoran bertaraf Michelin

TOKYO, 22 Jun (AP) – Sebuah restoran yang dianugerahkan taraf Michelin di Jepun telah ditutup sementara selepas 14 orang mengalami keracunan makanan yang menghidangkan menu ala-ala Jepun, dan siasatan mencari puncanya telah dijalankan.

Kerajaan wilayah Kanagawa mengatakan enam lelaki dan lapan wanita mengadu diarea dan sakit perut selepas menjamu selera di Kita Kamakura Saryo Gentoan pada 11 Jun.

Hidangan mereka menawarkan sotong, jeli dengan landak laut, labu dimasak bersama ikan, belut dan manisan, menurut wilayah itu.

Restoran yang berpemandangan indah di antara barisan pokok Kamakura, sebuah bandar pesisir selatan Tokyo itu, dikenali dengan penyediaan hidangan dalam bilik-bilik jenis Jepun. Ia menghidangkan kaiseki, atau hidangan kecil pelbagai jenis, dan mendapat satu bintang dalam panduan Michelin terbaru.

Restoran itu ditutup pada 14 Jun. Arahan penutupan wilayah itu telah dibatalkan hari ini, walaupun punca keracunan makanan itu masih lagi disiasat, kata pegawai wilayah, Takeshi Ishihara.

Tidak ada yang menjawab telefon di restoran itu hari ini, dan ia belum jelas bila ia akan dibuka semula.

ARTIKEL YANG SAMA