14 korban serangan nekad di Pakistan

14 korban serangan nekad di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 2 Sept – Kira-kira 14 orang terbunuh dan sehingga 50 orang cedera selepas seorang pengebom berani mati menyerang sebuah mahkamah di bandar Mardan, menurut polis Pakistan hari ini, serangan terbaru yang mensasarkan golongan undang-undang Pakistan.

Pengebom itu meluru melalui pagar utama menuju mahkamah daerah sebelum melontar bom tangan dan kemudian meledakkan ves yang dipakainya dikalangan orang ramai di sebelah pagi, pegawai kanan polis Ejaz Khan memberitahu para pemberita.

“Angka kematian meningkat kepada 11,” katanya selepas para pegawai sebelumnya meletakkan angka kematian pada 10 orang dan kini menceacah 14.

Khan dan seorang lagi pegawai polis, Faisal Shehzad, berkata mereka yang terbunuh termasuklah kira-kira dua orang anggota polis dan juga peguam dan kerani. Pengebom itu mempunyai bahan letupan sehingga seberat lapan kilogram di dalam ves yang dipakainya.

Tidak ada kumpulan lagi mengaku bertanggung jawab di atas serangan itu, yang berlaku tiga minggu selepas letupan besar berani mati yang mengorbankan ramai peguam di bandar barat daya Pakistan, Quetta, di Balochistan.

Anggota keselamatan Pakistan memeriksa tapak serangan bom berani mati di bandar Mardan kelmarin. – AFP
Anggota keselamatan Pakistan memeriksa tapak serangan bom berani mati di bandar Mardan kelmarin. – AFP

Letupan hari ini berlaku ketika pasukan keselamatan menangkis empat pengebom berani mati yang cuba menyerang koloni Kristian di Peshawar, bandar wilayah Khyber Pakhtunkhwa, 60 kilometer ke barat Mardan.

Tentera-tentera yang dibantu oleh helikopter tentera berbalas-balas tembakan dengan para militan yang memakai ves berani mati yang cuba menyerang koloni berhampiran empangan Warsak, di utara Peshawar, menurut pihak tentera.

Kesemua empat penyerang terbunuh berserta seorang pengawal di laluan masuk ke koloni itu, menurut kenyataan yang menambah kata situasi ‘terkawal’.

Jamaat-ul-Ahrar (JuA), puak Taliban Pakistan mengaku bertanggung jawab di atas cubaan serangan itu.

Kumpulan itu juga berkata ia adalah dalang di sebalik serangan ke atas peguam-peguam di Quetta, yang mengorbankan 73 orang pada 8 Ogos, dan juga pengeboman Lahore Easter yang membunuh 75 orang dalam serangan di Pakistan yang paling banyak mengorbankan nyawa tahun ini.

Diskriminasi dan keganasan ke atas minoriti agama adalah lumrah di Pakistan, yang mana orang Islam diperkira lebih 90 peratus dari jumlah penduduk manakala golongan undang-undang juga kerap menjadi mangsa pembunuhan sasaran dan serangan. – AFP