14 maut bas menjunam ke terusan

14 maut bas menjunam ke terusan

ISTANBUL, 6 Jun – Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh semalam apabila sebuah bas sekolah terjunam dari jalan ke dalam terusan di selatan Turki, gabenor tempatan Kerem Al berkatanya.

Bas tersebut telah membawa para pelajar dan ibu bapa mereka kembali dari lawatan ke tapak arkeologi terkenal Karatepe di luar bandar Osmaniye apabila ia terbalik ke dalam terusan, kata gabenor itu.

Pemandu bas dikatakan hilang kawalan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.

Pasukan penyelamat Turki sedang mengangkat bas dari terusan berdekatan Osmaniye, Turki, kelmarin. Bas yang membawa kanak-kanak sekolah, guru dan ibu bapa itu terjunam ke dalam terusan di selatan Turki membunuh sekurang-kurangnya 14 orang. - AP
Pasukan penyelamat Turki sedang mengangkat bas dari terusan berdekatan Osmaniye, Turki, kelmarin. Bas yang membawa kanak-kanak sekolah, guru dan ibu bapa itu terjunam ke dalam terusan di selatan Turki membunuh sekurang-kurangnya 14 orang. – AP

Seramai 26 orang yang mengalami kecederaan telah dirawat di hospital. Mereka yang terbunuh termasuk tiga pelajar perempuan, tiga lelaki dan lapan orang dewasa, jelas Al.

Gambar yang disiarkan oleh media Turki menunjukkan orang ramai terkejut melihat sebuah kren sedang mengangkat bas keluar dari air.

Ibu bapa mangsa pelajar yang terkorban berkumpul di rumah mayat di bandar itu untuk mengenal pasti kematian, lapor agensi berita Anatolia. – AFP