14 maut gempa bumi Tanzania

14 maut gempa bumi Tanzania

DAR ES SALAAM, 11 Sept – Angka korban akibat gempa 5.7 magnitud yang melanda barat laut Tanzania terus meningkat kepada 14 orang manakala 203 lagi dilaporkan cedera.

“Angka kematian melonjak dari 11 orang kepada 14 manakala daripada 192 yang cedera kepada 203 orang,” kata Pesuruhjaya Daerah Bukoba, Deodatus Kinawilo, pekan paling dekat dengan pusat gempa.

“Ketika ini keadaan tenang dan terkawal. Beberapa mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital,” kata Kinawilo yang dihubungi menerusi telefon memeberitahu AFP.

“Kami tidak menjangkakan lebih banyak lagi kecederaan. Kami akan terus memantau dari semasa ke semasa.” tambahnya lagi.

Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud telah melanda barat laut wilayah Kagera, Tanzania pada kira-kira 3:27 petang kelmarin. – Xinhua
Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud telah melanda barat laut wilayah Kagera, Tanzania pada kira-kira 3:27 petang kelmarin. – Xinhua

Penduduk Bukoba sebelum ini berkata, beberapa rumah penduduk ranap manakala Ketua Polis Wilayah Kagera, Augustine Ollomi berkata, “operasi menyelamat sedang digiatkan.”

Pusat gempa bumi berlaku pada 1227 GMT, terjadi pada kira-kira 25 kilometer timur bandar utara-barat Nsunga di sempadan Lake Victoria, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat. Gempa bumi adalah perkara biasa di rantau Great Lakes.

Seorang wartawan AFP di Dar es Salaam di Bukoba berkata 10 rumah telah runtuh. – AFP