14 maut, kemalangan bas di Sepanyol

14 maut, kemalangan bas di Sepanyol

BARCELONA, 20 Mac (AFP) – Empat belas orang terbunuh dan 43 cedera semalam apabila sebuah bas yang membawa pelajar asing terhempas di timur laut Sepanyol, kata pihak berkuasa di Catalonia.

Pelajar-pelajar yang berdaftar di Universiti Barcelona itu adalah daripada sebahagian daripada program pertukaran Erasmus Eropah, kata Jordi Jane yang mengetuai perkara-perkara dalaman bagi wilayah Catalonia.

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar kecil Freginals, kira-kira 150 kilometer (95 batu) ke selatan Barcelona, yang mana bas itu dipercayai pulang daripada perayaan tradisional di bandar timur Valencia.

Pemandu itu telah “melanggar pagar di sebelah kanan dan terbabas ke sebelah kiri dengan kuat sehingga bas itu terbabas ke sisi lain dari lebuh raya tersebut,” kata Jane.

Bas itu kemudian melanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan, mencederakan dua orang di dalam, katanya.