14 maut nahas bas Ecuador

QUITO, 16 Julai – Seramai 14 orang terbunuh dan 30 cedera, seorang daripada parah apabila sebuah bas tergelincir dari sebuah lebuh raya di tengah Ecuador, terbalik dan terbakar, menurut pihak berkuasa semalam.

Kemalangan berlaku sekitar jam 10 malam pada Jumaat di lebuh raya antara ibu negara Quito dan bandar Andean, La Mana, colonel polis Cristian Barreiro mengatakan dalam satu video dikeluarkan oleh perkhidmatan kecemasan Ecu911.

Ketua Agensi Transit Kebangsaan, Pablo Calle mengarahkan penggantungan operator kenderaan itu, mengatakan bas itu tidak diperiksa dengan baik dan ‘sepatutnya tidak berada di atas jalan raya Ecuador.’

Bas kelihatan rentung di tapak nahas lebuh raya yang menghubungkan Quito dengan bandar La Mana, di Santo Domingo, Ecuador. Sekurang-kurangnya 14 maut dalam nahas itu, menurut pihak berkuasa tempatan. –Xinhua
Bas kelihatan rentung di tapak nahas lebuh raya yang menghubungkan Quito dengan bandar La Mana, di Santo Domingo, Ecuador. Sekurang-kurangnya 14 maut dalam nahas itu, menurut pihak berkuasa tempatan. –Xinhua

Mereka yang terselamat dikejarkan ke hospital-hospital di Quito dan wilayah Santo Domingo, manakala pihak berkuasa mengatakan mereka berusaha mengenal pasti kematian.

Menteri Kesihatan Veronico Espinosa mengatakan 30 cedera, 16 dibebaskan dan 14 dirawat di hospital, seorang daripada dalam unit penjagaan rapi.

“Takziah buat keluarga mangsa,” tulis Presiden Lenin Moreno di Twitter. “Di tengah-tengah kesakitan, moga kamu mendapat ketenangan.” – AFP