14 orang murid terima Anugerah Pelajar Terbaik

14 orang murid terima Anugerah Pelajar Terbaik

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 3 Feb – Majlis Anugerah Hari Pelajar 2015 dan Penyampaian Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi Darjah 6 Tahun 2014 Sekolah Ugama Perdana Wazir (SUPW), diadakan di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Perdana Wazir di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 14 orang murid Darjah 4 dan 5 menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2015 manakala 45 orang lagi menerima sijil lulus Peperiksaan SSSRU 2014.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pelajar terbaik dan cemerlang ialah Pemangku Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Manakala itu, penyampaian Sijil Keputusan SSSRU bagi Tahun 2014 dan Sijil Pengawas SUPW sesi 2014 hingga 2015 telah disempurnakan oleh Pemangku Guru Besar SUPW, Dayang Fazura @ Farah Nur Syafiqah binti Junit.

Tetamu kehormat bersama guru-guru dan murid-murid cemerlang bergambar ramai selepas Majlis Anugerah Hari Pelajar Tahun 2015 SUPW, Kuala Belait.
Tetamu kehormat bersama guru-guru dan murid-murid cemerlang bergambar ramai selepas Majlis Anugerah Hari Pelajar Tahun 2015 SUPW, Kuala Belait.

Dayang Fazura @ Farah Nur Syafiqah dalam ucapan alu-aluannya menyatakan, anugerah pelajar cemerlang tersebut adalah bagi murid-murid yang memperolehi Pangkat 1 Agregat 6 dalam Peperiksaan SSSRU, dan seorang murid menerima hadiah pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Al-Quran.

Beliau berkata, majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang diperolehi oleh murid-murid, selain sebagai dorongan dan motivasi supaya murid-murid berkenaan akan lebih gigih berusaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Di samping itu, ia juga bagi menyuntikkan semangat murid-murid lain untuk turut meningkatkan usaha supaya akan memperoleh kejayaan yang sama pada masa akan datang.

Beliau menambah, kejayaan murid-murid itu juga merupakan hasil dorongan semangat kental dan sokongan moral yang terus diberikan oleh para ibu bapa dan penjaga murid, serta keprihatinan dan usaha didikan dan bimbingan para guru sekolah itu sehingga murid-murid mampu mencapai tahap kecemerlangan.

ARTIKEL YANG SAMA