14 orangutan dipulangkan semula

14 orangutan dipulangkan semula

BANGKOK, 27 Ogos (dpa) – 14 ekor orangutan Indonesia yang disimpan di Thailand untuk tempoh lima tahun akhirnya akan dibawa pulang, seorang pegawai memberitahu hari ini.

Pihak berkuasa Thailand mendapati 13 haiwan yang ditinggalkan dalam kurungan di tepi jalan di Phuket pada 2010, yang kelihatan menuju ke zoo persendirian, menurut seorang pegawai di sektariat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam, yang tidak mahu dikenali.

Mereka itu dikenali sebagai orangutan Sumatera, dibezakan daripada sepupu mereka di Borneo dengan bentuk badan yang lebih leper dan mempunyai bulu yang lebih pudar dan panjang.

Mereka disimpan di pusat pemulihan hidupan liar selama lima tahun, sementara Indonesia enggan untuk mereka dihantar pulang, dan di mana mereka membesarkan lagi seekor orangutan.

Seekor orangutan diperiksa kesihatan sebelum dipulangkan ke Indonesia. - Reuters
Seekor orangutan diperiksa kesihatan sebelum dipulangkan ke Indonesia. – Reuters

Namun Jakarta menulis bulan ini meminta mereka dipulangkan, dan telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan pengangkutan. Beruk-beruk itu akan diterbangkan kembali ke Indonesia pada September oleh tentera Indonesia.

Orangutan didaftarkan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi. Spesies Sumatera itu merupakan yang jarang di antara dua spesies itu, dengan jumlah hanya lebih 7,000 menurut Dana Sedunia bagi Alam.

ARTIKEL YANG SAMA