14 pasukan sertai bola sepak 14 tahun ke bawah

14 pasukan sertai bola sepak 14 tahun ke bawah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Sebanyak 14 pasukan akan berentap dalam kejohanan bola sepak 14 tahun ke bawah sembilan orang sepasukan anjuran Sahabat 1024 dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara.

Sehubungan dengan itu, majlis penyerahan piala pusingan yang diberi nama Piala Yang Dipertua dan piala iringan diadakan semalam sebelum undian perlawanan berlangsung di Bangunan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam di Beribi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian Piala Pusingan semalam adalah Yang Dipertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka AR Haji Idris bin Haji Abas.

Sebelum itu majlis dibuka dengan kata alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi bersama Jawatankuasa kejohanan, Haji Jailani bin Haji Ibrahim yang antaranya menegaskan kejohanan ini adalah platform pencarian skuad yang bakal membawa nama Pengakap Brunei Darussalam ke peringkat serantau yang bakal diadakan Mei 2015 ini nanti.

Atur cara majlis diteruskan dengan penerangan ringkas oleh setiausaha perlawanan sebelum undian perlawanan.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama jawatankuasa kejohanan dan ketua-ketua pasukan.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama jawatankuasa kejohanan dan ketua-ketua pasukan.
Tetamu kehormat (dua kanan) menyerahkan Piala Rebutan kepada Pengerusi Bersama Kejohanan.
Tetamu kehormat (dua kanan) menyerahkan Piala Rebutan kepada Pengerusi Bersama Kejohanan.

Dalam taklimat itu penganjur menegaskan kejohanan akan berlangsung pada 3 Mei 2015 di Padang Kebajikan Belia dan Sukan Kompleks sukan Berakas dan akan menawarkan hadiah berupa wang tunai, piala iringan dan piala perseorangan kepada tiga pasukan teratas.

Selain itu, anugerah khas seperti penjaring terbanyak juga menunggu pemenang dari kalangan belia-belia berusia 14 tahun dan lahir pada Mei 2000 itu nanti.

Pada peringkat awal, pasukan yang terlibat akan melalui cabaran peringkat kumpulan sebelum melangkah ke peringkat separuh akhir dan peringkat akhir di hari yang sama itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA