14 pegawai kanan ABDB naik pangkat

14 pegawai kanan ABDB naik pangkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Seramai 14 pegawai kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat menerima tanda pangkat masing-masing pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garisson, hari ini.

Hadir bagi menyempurnakan kenaikan pangkat itu ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, para pemerintah, pengarah, pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta anggota keluarga para pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, Pemerintah Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Muhammad, dinaikkan pangkat kepada Laksamana Pertama, dan Pemerintah Markas Angkatan Bersama ABDB, Kolonel (U) Haji Hamzah bin Haji Sahat, dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral.

Sementara itu, Leftenan Kolonel (L) Haji Mohd Amirol Shahnoel bin Haji Mohd Noeh dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah memakaikan pangkat kepada Pemerintah Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Muhammad yang dinaikkan pangkat kepada Laksamana Pertama.
Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah memakaikan pangkat kepada Pemerintah Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei, Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Muhammad yang dinaikkan pangkat kepada Laksamana Pertama.

pg03_150530_c

Pemerintah ABDB menaikan pangkat kepada Brigadier Jeneral Haji Hamzah.
Pemerintah ABDB menaikan pangkat kepada Brigadier Jeneral Haji Hamzah.

pg03_150530_b

pg03_150530_d

pg03_150530_e

Sebelas lagi pegawai kanan telah dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel iaitu Pemangku Leftenan Kolonel (L) Tarip bin Haji Karia; Pemangku Leftenan Kolonel Hajah Asnah binti Haji Matamit; Pemangku Leftenan Kolonel (U) Norudin bin Salleh; Pemangku Leftenan Kolonel Mohd Zulkarnain bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Leftenan Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad; Pemangku Leftenan Kolonel Omar Shariff bin Haji Hidup; Pemangku Leftenan Kolonel Mohd Sharif Pudin bin Matserudin; Pemangku Leftenan Kolonel Norhazalan bin Haji Abdullah; Pemangku Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah; Pemangku Leftenan Kolonel (L) Rozalan bin Sable; dan Pemangku Leftenan Kolonel Dr Mas Irman Rukmino bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab.

Upacara kenaikan pangkat merupakan keutamaan matlamat strategik ABDB dalam peningkatan kualiti perkhidmatan dan semangat waja pegawai-pegawai ke arah pengurusan dan peluang kerjaya yang lebih teratur. Ini termasuk penampilan kualiti kepimpinan yang menyerlah serta prestasi cemerlang di sepanjang perkhidmatan mereka.​

ARTIKEL YANG SAMA