14 pelajar diselamatkan di pergunungan Alp

14 pelajar diselamatkan di pergunungan Alp

MUNICH, 25 Mei (dpa) – Empat belas pelajar telah diselamatkan di Pergunungan Alp Berchtesgaden di tenggara Jerman selepas mereka menjadi keliru disebabkan oleh kabus dan runtuhan salji, menurut polis hari ini.

Para pendaki berusia 23 hingga 25 itu memanggil perkhidmatan penyelamat gunung semalam semasa dalam perjalanan mereka ke pondok Alp yang digelar Watzmannhaus di negeri Bavaria.

Para penyelamat, yang juga dibantu oleh dua helikopter polis, menemui kumpulan itu dan menerbangkan para pendaki yang kesejukan itu ke Kuehrointalm, tempat mereka diberikan selimut, teh dan tempat untuk tinggal semalaman.

Tidak ada yang dilaporkan cedera, namun polis mengatakan beberapa orang pendaki memakai kasut yang tidak sesuai dan membawa beg galas yang sangat berat.