14 suspek merekrut pejuang IS diberkas

14 suspek merekrut pejuang IS diberkas

MAGHRIBI/MADRID, 25 Ogos (Reuters) – Sepanyol dan Maghribi memberkas 14 orang hari ini kerana disyaki merekrut pejuang untuk menyertai Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq, menurut Kementerian Dalam Negeri Sepanyol.

Kesemua suspek diberkas di pinggir Madrid dan bandar-bandar lain serta pekan di Maghribi, tambahnya.

Penahanan itu adalah berkaitan dengan “satu rangkaian…merekrut dan menghantar para pejuang asing untuk menyertai pertubuhan pengganas Daesh (IS) di wilayah Syria-Iraq yang dikuasainya,” kata kenyataan kementerian berkenaan.

Salah seorang daripada empat suspek yang menggunakan internet untuk merekrut bakal pejuang IS ketika diberkas di enklaf Melilla di Sepanyol pada 25 Ogos 2015. – AFP
Salah seorang daripada empat suspek yang menggunakan internet untuk merekrut bakal pejuang IS ketika diberkas di enklaf Melilla di Sepanyol pada 25 Ogos 2015. – AFP

Operasi itu dibuat beberapa hari selepas seorang lelaki warga maghribi berusia 26 tahun dituduh menyerang penumpang di atas sebuah kereta api di Perancis, dengan bersenjatakan selaras Kalashnikov, raifal dan pisau pemotong kotak.

Sepanyol dan Negara-negara lain di Eropah dan Afrika utara sebelum ini berkata mereka mengeluarkan amaran berwaspada mengenai risiko penduduk tempatan menyertai kumpulan militan di luar negara yang kelak akan pulang ke tanah air untuk melancarkan serangan.

ARTIKEL YANG SAMA