14 terkorban dalam serangan bom kereta

14 terkorban dalam serangan bom kereta

BAGHDAD, 2 Mei (AFP) – Sebutir bom kereta yang menyasarkan jemaah Syiah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang di selatan Baghdad hari ini, menurut sumber keselamatan dan perubatan.

Perintah keselamatan Iraq berkata seorang pengebom berani mati meletupkan bahan letupan itu pada kenderaan yang dimanipulasikan, sementara pegawai lain mengatakan ia adalah bom kereta.

Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan 41 lainnya cedera, menurut pegawai-pegawai keselamatan dan perubatan.

Mereka berkata beberapa wanita dan kanak-kanak dalam kalangan korban.

Setakat ini tiada siapa yang segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun serangan-serangan seperti itu selalunya dijalankan oleh kumpulan jihad IS.

Kawasan berlakunya serangan bom kereta tersebut. – AFP
Kawasan berlakunya serangan bom kereta tersebut. – AFP

IS melalukan serangan serupa terhadap jemaah di pinggir Baghdad pada Sabtu lepas, mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang.

Kebanyakan jalan raya utama ditutup di bandar itu bagi peringatan tahunan kematian Imam Musa Kadhim, tarikh penting dalam kalendar Islam Syiah.

Kadhim, imam ketujuh yang dihormati daripada 12 imam dalam Islam Syiah, meninggal dunia pada 199 AD. Penziarahan ke makamnya di utara Baghdad dalam tahun kebelakangan telah menjadi acara besar yang menjadikan aktiviti di ibu negeri terhenti buat beberapa hari.

ARTIKEL YANG SAMA