14 terkorban dalam serangan pengebom berani mati

14 terkorban dalam serangan pengebom berani mati

KABUL, 23 Feb (Reuters) – Seorang pengebom berani mati yang menunggang motosikal telah membunuh 14 orang dan mencederakan 11 yang lain di sebuah klinik di Parwan, utara ibu negara Afghanistan, Kabul pada Isnin lalu, kata para pegawai.

Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu, yang mengatakan sasaran serangan ditujukan kepada komander polis tempatan. Ia berkata orang awam yang terkorban itu berlaku akibat daripada polis yang melepaskan tembakan.

Wahid Sediqqi, jurucakap gabenor Parwan, berkata 14 orang termasuk enam pegawai polis dan lapan orang awam, terbunuh dan 11 yang lain cedera dalam serangan ke atas klinik tersebut.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum wakil-wakil daripada Afghanistan, Pakistan, Amerika Syarikat dan China meneruskan mesyuarat di Kabul dalam tujuan untuk penyambungan semula rundingan damai dengan Taliban.

ARTIKEL YANG SAMA