14 terperangkap dalam terowong berjaya diselamatkan

14 terperangkap dalam terowong berjaya diselamatkan

BANDAR GAZA, 8 Dis – Seramai 14 warga Palestin yang hilang dalam terowong menyeludup di bawah sempadan Gaza-Mesir telah ditemui dan dibawa naik dengan selamat, menurut para pegawai Pertahanan Awam di Semenanjung Gaza hari ini.

Mereka adalah anggota keluarga Bashiti, yang memiliki salah satu daripada beberapa buah terowong seludup yang masih lagi beroperasi di bawah sempadan itu, selepas Mesir mula membanjiri terowong lain dengan air laut pada September.

Anggota keluarga itu mendapati diri mereka terkandas di bawah tanah sebelum subuh dan dikelilingi air, menurut laporan saksi. Jiran, saudara dan pekerja penyelamat kemudian tiba dan berjaya mengeluarkan mereka hidup-hidup, menurut pegawai Pertahanan Awam.

Sejak beliau menjawat jawatannya pada 2014, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi telah bertindak keras ke atas terowong seludup. – dpa