1,400 rekaan terkini diperagakan

BANDARAYA HO CHI MINH, 11 Okt – Pengunjung Festival Fesyen 2017 yang berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh bermula 20 hingga 22 Oktober, berpeluang menyaksikan lebih 1,400 rekaan terkini daripada 153 pereka ternama Vietnam dan Asia Tenggara, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Perbandaran dan Kumpulan Komunikasi Emas, Nguyen Minh Huong berkata, sepanjang festival berlangsung lebih daripada 250 model tempatan dan luar negara akan memperagakan pelbagai jenis rekaan menarik pelbagai tema.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menyaksikan pertunjukan fesyen menggunakan teknologi terkini seperti 5D dan secara maya.

Pengarah Jabatan Pelancongan Perbandaran Bui Ta Hoang Vu berkata, festival itu pertama kali diadakan di bandar berkenaan.

Pihak penganjur mensasarkan festival itu mampu menarik 100,000 pengunjung. – Bernama