144 mayat dibawa pulang

144 mayat dibawa pulang

ST PETERSBURG, 2 Nov (Reuters) – Mayat-mayat pertama nahas dari kapal terbang di Mesir yang mana kesemua 224 orang penumpangnya terkorban pada hujung minggu, kebanyakannya warga Rusia telah tiba di St Petersburg awal pagi ini di dalam kapal terbang kerajaan Rusia.

Para pegawai Rusia telah mengesahkan 144 mayat berada di dalam kapal terbang itu. Mesir sebelumnya mengatakan ia akan membawa 162 lagi mayat.

Sementara itu pesawat kedua pula yang membawa mayat mangsa nahas pesawat penumpang Russia sudah bersedia meninggalkan Mesir, kata pegawai Russia, dengan waris bersedia mengecam ahli keluarga mereka yang terkorban dalam nahas itu di sini, lewat petang ini.

Kapal terbang Airbus A321 yang terhempas itu, dikendalikan oleh sistem penerbangan Rusia, Kogalymavia, membawa pelancong dari peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh ke St Petersburg apabila ia terhempas di Semenanjung Sinai pagi Sabtu lalu.

Para pegawai mengatakan kapal terbang itu mungkin pecah di tengah udara, tetapi menekankan terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari ini. Presiden Vladimir Putin telah mengisytiharkan semalam adalah sebagai hari perkabungan bagi negara itu.

Sebuah pesawat kargo yang membawa mayat mangsa pesawat terhempas mendarat di Lapangan Terbang Pulkovo di St Petersburg, Rusia kelmarin. – Reuters
Sebuah pesawat kargo yang membawa mayat mangsa pesawat terhempas mendarat di Lapangan Terbang Pulkovo di St Petersburg, Rusia kelmarin. – Reuters

Agensi-agensi berita Rusia melaporkan kapal terbang pertama Kementerian Keadaan Kecemasan 11-76 tiba di Lapangan Terbang Pulkovo, St Petersburg sebelum pukul 6 pagi, yang membawa 144 mayat.

Kementerian itu berkata kapal terbang seterusnya yang membawa mayat mangsa akan berlepas meninggalkan Kaherah pada petang hari ini menuju St Petersburg. Setelah ketibaannya, mayat-mayat pertama diturunkan ke pengusung dan dibawa ke lori putih besar yang menanti di landasan di Lapangan Terbang Pulkovo.

Mayat dibawa di dalam iring-iringan kereta menuju tempat pembakaran mayat di Saint Petersburg bagi pengenalpastian, yang akan bermula lewat hari ini, menurut kementerian kecemasan Rusia yang mengaturkan penerbangan itu.

Setakat ini mereka telah pun menemui ‘kotak hitam’ perakam penerbangan Airbus, dan ketua misi Ireland yang akan menyertai penyiasatan yang diketuai Mesir ke atas bencana itu berkata hasil dari perakam itu seharusnya diperolehi dalam tempoh beberapa hari.

Ketua agensi pengangkutan udara Rusia, Alexander Neradko semalam berkata nampaknya pesawat udara itu berkecai pada altitud tinggi, yang mengulangi ulasan serupa dari para pegawai tertinggi penerbangan.

Punca nahas masih tidak diketahui dan kini kumpulan penyiasat antarabangsa sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir.

“Semua tanda-tanda telah membuktikan bahawa struktur pesawat yang berkecai itu adalah di udara pada altitud tinggi,” Beliau memberitahu televisyen kerajaan Rusia.

ARTIKEL YANG SAMA