145 pelajar diraikan dalam majlis tamat pengajian

145 pelajar diraikan dalam majlis tamat pengajian

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Seramai 145 orang pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana yang terdiri daripada murid Kindergarten 3 dan Tahun 6 telah diraikan dalam Majlis Tamat Pengajian ke-16 dan Majlis Penganugerahan yang berlangsung di Dewan Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

Berangkat menyaksikan majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah serta kerabat diraja yang lain.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Kanan Pegawai Tugas-tugas Khas, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Pengiran Ayub bin Pengiran Haji Othman.

Dalam ucapannya pada majlis itu, tetamu kehormat majlis berkata, majlis berkenaan menandakan salah satu hari kemuncak para graduan dan memberikan pengalaman yang amat bermakna setelah menamatkan pengajian mereka.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah serta kerabat diraja yang lain berangkat ke majlis itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Rakiah serta kerabat diraja yang lain berangkat ke majlis itu.
Antara para graduan yang diraikan pada majlis itu.
Antara para graduan yang diraikan pada majlis itu.

Para graduan diseru untuk meningkatkan lagi minat pembelajaran mereka pada masa akan datang di samping meningkatkan lagi semangat yang berkobar-kobar dalam bidang pendidikan.

Manakala itu, Pengetua Sekolah, Chong Wee Meng dalam ucapan alu-aluannya pula memberitahu, majlis meraikan seramai 70 orang murid Kindergarten 3 dan 76 orang pelajar Tahun 6 yang diselajurkan penyampaian anugerah pelajar cemerlang akademik kepada 250 pelajar daripada Kindergarten 1 sehingga Tahun 6.

Majlis juga diserikan lagi dengan beberapa persembahan menarik seperti tarian kebudayaan, koir, persembahan Kelab Glee dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA