145 pelajar semarakkan Majlis Khatam Al-Quran

145 pelajar semarakkan Majlis Khatam Al-Quran

Oleh H J Rahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Seramai 145 pelajar-pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri sesi petang dan pagi telah mengadakan Majlis Khatam Al- Quran baru-baru ini.

Ketua Bahagian Sekolah-sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Sinega binti Haji Swadi hadir selaku tetamu kehormat majlis yang juga mengetuai pembacaan surah Al-Fatihah secara beramai-ramai.

Majlis khatam itu telah dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim yang disampaikan oleh seramai 17 pelajar sesi pagi dan 128 pelajar sesi petang.

Manakala, bacaan takhtim pula dibacakan oleh pelajar-pelajar perempuan Darjah 4, 5 dan 6 .

Tetamu kehormat menerima cenderamata.
Tetamu kehormat menerima cenderamata.
Peserta-peserta khatam Al-Quran Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri.
Peserta-peserta khatam Al-Quran Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Kampung Mentiri.

Sementara doa khatam dibacakan oleh salah seorang pelajar Darjah 6 Alif iaitu Awang Mohd. Najrie Hisyamuddin bin Ali.

Majlis turut diserikan lagi dengan dikir Marhaban yang disampaikan oleh pelajar-pelajar lelaki dari Darjah 3, 4, 5 dan 6.

Di akhir majlis, tetamu kehormat telah berkesudian untuk menyampaikan sijil-sijil kepada peserta khatam dan merenjis pewangi kepada para peserta.

ARTIKEL YANG SAMA