146 rekrut tamat latihan

146 rekrut tamat latihan

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 12 Jun – Setelah mengharungi latihan selama 25 minggu, bagi seramai 146 rekrut lelaki pengambilan ke-153, hari ini merupakan hari penuh makna kerana telah berjaya untuk menamatkan latihan asas ketenteraan dan diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-153 yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Penanjong Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat dan juga Pegawai Menerima Tabik di upacara itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, para pengarah, komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota ABDB serta keluarga rekrut.

Upacara dimulakan dengan perbarisan masuk rekrut yang tamat latihan ke padang kawad sambil diiringi oleh Pancaragam ABDB, diikuti dengan ketibaan pemerintah-pemerintah angkatan tentera yang menerima Hormat Panglima. Upacara diteruskan dengan ketibaan Pemerintah ABDB yang menerima Hormat Panglima dan diikuti oleh ketibaan Awang Abdul Mutalib yang menerima Hormat Panglima serta dialu-alukan untuk memeriksa perbarisan.

Kemudian perbarisan berkenaan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat serta perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula yang diikuti dengan Hormat Panglima.

Awang Abdul Mutalib menyampaikan anugerah Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan kepada Rekrut (U) Mohammad Azizan.
Awang Abdul Mutalib menyampaikan anugerah Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan kepada Rekrut (U) Mohammad Azizan.
Awang Abdul Mutalib (tengah), Pemerintah ABDB (3 kiri) bersama warga ABDB yang lain ketika menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-153 yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.
Awang Abdul Mutalib (tengah), Pemerintah ABDB (3 kiri) bersama warga ABDB yang lain ketika menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-153 yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.

Awang Abdul Mutalib kemudian menyampaikan ucapan yang antara lain mengenai penyalahgunaan media sosial yang mana beliau menasihatkan semua orang termasuk para rekrut dinasihati menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan Twitter secara berhemah dan adalah menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menyalahgunakan media sosial berkenaan.

“Penyalahgunaan media sosial, iaitu dengan menyebarkan bahan kandungan seperti video, gambar dan berita yang tidak berasas, boleh menjatuhkan maruah individu dan menjejaskan imej baik bangsa dan Negara.”

Oleh itu, semua orang harus memupuk sikap bertanggungjawab dengan menggunakan media sosial untuk manfaat bersama dan bukan untuk tujuan sebaliknya.

“Jadilah pengguna media sosial yang berhemah!” sarannya lagi.

pg09_150613_b

Awang Abdul Mutalib seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada rekrut terbaik dan jurulatih terbaik lelaki.

Rekrut Terbaik Keseluruhan ialah Rekrut (U) Mohammad Azizan bin Othman, Akademik Terbaik ialah Rekrut (U) Mahdini bin Mohamad, Penembak M16A2 Terbaik ialah Rekrut Muhammad Alif bin Abdul Rahman, Penembak Heavy Barrel Automatic Rifle (HBAR) Terbaik ialah Rekrut Mohamad Shahrul bin Mohamadiah, Latihan Jasmani Terbaik ialah Rekrut Mohammad Zilfadhli bin Esa, Jurulatih Lelaki Terbaik ialah Lans Koperal Mohammad Noorsalehan bin Ali Safari dan Platun Sarjan Terbaik, Sarjan Riduan bin Haji Abdul Momin.

Selepas doa selamat dibacakan, perbarisan keluar dari padang kawad.

ARTIKEL YANG SAMA