147 siswa UNISSA tamat kursus Bahasa Arab

147 siswa UNISSA tamat kursus Bahasa Arab

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Seramai 147 mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berjaya menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab selama dua bulan, bagi sesi akademik 2016/2017.

Lima daripada mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik kursus iaitu Dayang Fauziah Fakhrunnisa binti Haji Mujiburrahman; Awang Abdul Muhaimin bin Dr. Haji Serbini; Dayang Nur Farah Fazrina binti Haji Madon; Dayang Nur Husnina binti Haji Othman; dan Dayang Humaidatul Fikriyah binti Muhammad Zamri.

Kursus yang diungkayahkan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bahasa dan pembelajaran serta sebagai pendorong kepada pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam mengikuti kursus yang mereka ikuti sepanjang pengajian di UNISSA.

Para mahasiswa UNISSA yang tamat Kursus Intensif Bahasa Arab bergambar ramai bersama rektor UNISSA di Dewan Jubli, UNISSA.
Para mahasiswa UNISSA yang tamat Kursus Intensif Bahasa Arab bergambar ramai bersama rektor UNISSA di Dewan Jubli, UNISSA.

Majlis penyampaian sijil kepada peserta berkenaan berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA, Gadong baru-baru ini dan telah disempurnakan oleh Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tausyeh dan drama yang dipersembahkan oleh para peserta program pra-sesi sebelum majlis penyampaian sijil kursus.

ARTIKEL YANG SAMA