148 rekrut ABDB tamat latihan

148 rekrut ABDB tamat latihan

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 30 Okt – Seramai 148 orang rekrut lelaki pengambilan ke-154 telah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selama 31 minggu dan diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Penanjong Garison, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan juga Pegawai Menerima Tabik di upacara itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, komandan-komandan, para pegawai kanan, pegawai, anggota ABDB serta keluarga rekrut.

Upacara dimulakan dengan perbarisan masuk rekrut yang tamat latihan ke padang kawad yang diiringi oleh Pancaragam ABDB diikuti dengan ketibaan pemerintah-pemerintah angkatan tentera yang menerima Hormat Panglima.

Datin Paduka Hajah Suriyah ketika menerima tabik hormat.
Datin Paduka Hajah Suriyah ketika menerima tabik hormat.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan kepada Rekrut Mohd Nazri.
Datin Paduka Hajah Suriyah menyampaikan anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan kepada Rekrut Mohd Nazri.
Datin Paduka Hajah Suriyah memeriksa perbarisan.
Datin Paduka Hajah Suriyah memeriksa perbarisan.

Upacara diteruskan dengan ketibaan Pemangku Pemerintah ABDB yang menerima Hormat Panglima dan diikuti oleh ketibaan Datin Paduka Hajah Suriyah yang menerima Hormat Panglima serta dialu-alukan untuk memeriksa perbarisan.

Kemudian perbarisan berkenaan berjalan lalu dalam rentak perlahan dan cepat serta perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula yang diikuti dengan Hormat Panglima.

Datin Paduka Hajah Suriyah kemudian menyampaikan ucapan sebelum dialu-alukan untuk menyempurnakan penyampaian anugerah kepada rekrut-rekrut terbaik dan jurulatih terbaik lelaki.

Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki ABDB Pengambilan ke-154.
Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki ABDB Pengambilan ke-154.
Ahli keluarga rekrut yang diraikan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan upacara berkenaan menggunakan kamera dan peranti pintar mereka.
Ahli keluarga rekrut yang diraikan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan upacara berkenaan menggunakan kamera dan peranti pintar mereka.

Rekrut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Rekrut Mohd Nazri bin Mastan; Akademik Terbaik dimenangi oleh Rekrut (L) Mohd Hafiz bin Bakri; Penembak M16A2 Terbaik, Rekrut Abraham bin Jumat; Penembak Heavy Barrel Automatic Rifle (HBAR) Terbaik, Rekrut Awangku Mohd Hairul Affindy bin Pengiran Husain; Latihan Jasmani Terbaik, Rekrut Khoirul Kamaal bin Awang Hidup; Jurulatih Lelaki Terbaik, Lans Koperal Julaihi bin Haji Awang Shahri dan Platun Sarjan Terbaik, Koperal Aidey Earny bin Kasni.

Selepas doa selamat dibacakan, upacara diteruskan dengan perbarisan keluar dari padang kawad.

ARTIKEL YANG SAMA