15 ahli Abu Sayyaf terkorban di Selatan Filipina

15 ahli Abu Sayyaf terkorban di Selatan Filipina

MANILA, 20 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) terbunuh ekoran pertempuran dengan tentera elit kerajaan di bandar Indanan di selatan wilayah Filipina Sulu pada petang semalam.

Alan Arrojado, komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu, berkata tentera daripada Batalion Renjer Peninjau Pertama sedang mengadakan operasi tentera apabila mereka bertempur dengan sekurang-kurangnya 100 pengganas Kumpulan Abu Sayyaf di Barangay Buanza pada kira-kira pukul 5:25 petang waktu tempatan. – Agensi