15 anak damit yang lahir pada 3 Mei diraikan

15 anak damit yang lahir pada 3 Mei diraikan

Oleh Siti Nur Wasimah S & Hajah Saemah

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Seramai 15 anak damit, tujuh lelaki dan lapan perempuan, telah dilahirkan di seluruh negara pada 3 Mei 2015 semasa Negara Brunei Darussalam menyambut Hari Keluarga Kebangsaan tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, 14 anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan seorang dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, manakala itu tiada kelahiran dicatatkan di Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam, Temburong.

Sehubungan dengan itu, Majlis Penyampaian Cenderamata Kelahiran “Anakku Harapanku” bersempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 telah diadakan di Hospital RIPAS dan Hospital Suri Seri Begawan, hari ini, bagi meraikan anak-anak damit berkenaan yang lahir pada hari yang penuh makna.

Di Hospital RIPAS, majlis berlangsung di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Datin Hajah Rosnah binti Datu Inderasugara Dato Seri Laila Jasa Haji Johari.

Isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Datin Hajah Rosnah menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penerima di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di ibu negara kelmarin.
Isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Datin Hajah Rosnah menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penerima di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di ibu negara kelmarin.

pg03_150505_c

Pasangan kepada Chai Boon Seng dan Tjen Soi Mie bersama anak damit mereka.
Pasangan kepada Chai Boon Seng dan Tjen Soi Mie bersama anak damit mereka.

Hospital ini juga mencatatkan kelahiran anak damit yang pertama pada 3 Mei iaitu anak lelaki pada pukul 12.35 tengah malam, yang merupakan anak kedua pasangan Chai Boon Seng dan Tjen Soi Mie.

Sementara itu, penyampaian cenderahati di Hospital Suri Seri Begawan, telah disempurnakan oleh isteri Menteri Kesihatan, iaitu Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah.

Satu-satunya anak damit yang dilahirkan di daerah ini merupakan anak keenam pasangan Awang Abdul Muiz bin Haji Abu Bakar dan Dayang Rokiah binti Buang.

Isteri Menteri Kesihatan, Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah menyampaikan cenderamata kelahiran kepada pasangan Awang Abdul Muiz dan Dayang Rokiah di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, kelmarin.
Isteri Menteri Kesihatan, Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah menyampaikan cenderamata kelahiran kepada pasangan Awang Abdul Muiz dan Dayang Rokiah di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, kelmarin.

Di kedua-dua majlis itu, keluarga anak-anak damit berkenaan menerima cenderamata berupa barangan keperluan anak damit.

Majlis ini merupakan salah satu usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri selaku penganjur bersama Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

Di samping itu, pemberian cenderamata kelahiran berkenaan juga diharap menjadi pendorong kepada semua masyarakat di negara ini untuk menyayangi dan menghargai anak-anak damit bermula dari kelahiran lagi sebagai satu anugerah Allah SWT yang sangat bermakna dalam kehidupan berkeluarga.

Pemberian cenderamata ini dianjurkan buat kali ketiga bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan dengan pemberian kali pertama, pada tahun 2013.

ARTIKEL YANG SAMA