15 guru Sekolah YSHHB ikuti bengkel akademik pelajar

15 guru Sekolah YSHHB ikuti bengkel akademik pelajar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Seramai 15 orang guru Tahun 5 dan 6 dari Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, mengikuti Bengkel Penganalisaan Akademik Pelajar yang diadakan di Dewan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

Hadir selaku fasilitator bengkel ialah Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Guru Besar Klaster 4 Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Mariam binti Haji Ladi dan ahli Kumpulan Klaster 4, Jabatan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Dayangku Suryani binti Pengiran Haji Mohd Yassin.

Bengkel berkenaan mengetengahkan mengenai peningkatan mutu kualiti pembelajaran dalam bergiat aktif menganalisis keputusan akademik sekolah, membuat data yang senang dibaca, menggunakan data bagi strategi campur tangan yang efektif dan meningkatkan prestasi sekolah.

Hajah Mariam menerangkan kepentingan strategi Penganalisaan Akademik Pelajar.
Hajah Mariam menerangkan kepentingan strategi Penganalisaan Akademik Pelajar.
Antara guru-guru YSHHB yang mengikuti bengkel sehari itu.
Antara guru-guru YSHHB yang mengikuti bengkel sehari itu.

Menurut Hajah Donnaliza, para peserta diberikan peluang untuk meneroka pelbagai strategi dan juga cara membuat penganalisaan pelajar.

“Bengkel ini dilaksanakan oleh bahagian pendidikan Yayasan, dikhaskan bagi guru-guru Tahun 5 dan 6, kerana ini adalah sebagai salah satu langkah bagi membolehkan guru-guru untuk memahami fungsi penganalisaan akademik pelajar dan pentingnya penganalisaan akademik pelajar,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA