15 hilang kapal kargo bertembung kapal layar

15 hilang kapal kargo bertembung kapal layar

JAKARTA, Indonesia, 20 Nov – Perlanggaran antara sebuah kapal kargo Vietnam dan sebuah kapal layar Indonesia telah mengakibatkan 15 orang dilaporkan hilang di perairan wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Ketua agensi tempatan Pengurangan Bencana, Joko Loediyono berkata perlanggaran itu melibatkan sebuah kapal kargo MV Thaison 4 dan KM Mulya Sejati yang membawa 27 orang. Ia berlaku awal semalam di perairan daerah Tuban.

Kapal kargo itu dilaporkan dalam pelayaran menuju bandar pelabuhan Tanjung Perak di bandar Surabaya, Jawa Timur.

Loediyono berkata usaha mencari sedang dijalankan yang melibatkan agensi-agensi tindak balas bencana dan pasukan tentera laut yang telah menghantar dua buah kapal perang. – AP