15 Jun sebutan semula kes bapa rogol anak

15 Jun sebutan semula kes bapa rogol anak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seorang lelaki tempatan yang berdepan tuduhan merogol anak perempuannya telah diarahkan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, untuk membantu siasatan polis.

Tertuduh berusia 41 tahun, yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa telah memohon kebenaran daripada mahkamah untuk dilepaskan atas ikat jamin.

“Permohonan ikat jamin kamu hanya boleh dibuat di Mahkamah Tinggi sahaja,” kata Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli yang turut menetapkan 15 Jun untuk sebutan semula.

Tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia 20 tahun di rumah mereka antara pukul 1 dan 2 pagi pada 17 Mei 2015.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA