15 korban pengebom berani mati

15 korban pengebom berani mati

KANO, Nigeria, 19 Nov (AFP) – Kira-kira 15 orang terbunuh semalam apabila dua wanita pengebom berani mati, seorang dikatakan berusia kira-kira 11 tahun, meletupkan diri mereka di sebuah pasar telefon bimbit yang sibuk di timur utara Nigeria, sehari selepas lebih 30 orang terbunuh dalam letupan bom.

Dua letupan memusnahkan pasar Farm Centre di bandar terbesar utara Nigeria, Kano, sejurus selepas pukul 4 petang, dengan salah seorang pengebom dikatakan baru berusia 11 tahun dan seorang lagi berusia 18 tahun.

Boko Haram sebelum ini menggunakan budak perempuan sebagai bom manusia dalam pemberontakannya yang telah memasuki tahun ke-6 di timur laut Nigeria yang telah mengorbankan kira-kira 17,000 orang dan mengakibatkan lebih 2.6 juta orang hilang tempat tinggal.

Dalam bulan Julai 2014 Kano diserang sebanyak empat kali dalam tempoh seminggu oleh empat pengebom berani mati yang terdiri dari budak perempuan yang menurut pakar-pakar tidak mungkin yang bersedia terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Tempat kejadian di mana dua pengebom berani mati wanita meletupkan diri mereka di pasaran telefon mudah alih di Kano utara Nigeria. – Reuters
Tempat kejadian di mana dua pengebom berani mati wanita meletupkan diri mereka di pasaran telefon mudah alih di Kano utara Nigeria. – Reuters

“Sebuah bas mini yang membawa beberapa orang wanita datang ke pasar Farm Centre GSM dan menurunkan seorang budak perempuan berusia kira-kira 11 tahun dan seorang lagi berusia kira-kira 18 tahun, kedua-duanya berhijab,” kata jurucakap polis Kanu, Musa Magaji Majia.

“Seorang masuk ke dalam pasar dan seorang lagi berada di luar kemudian mereka meletup, membunuh diri mereka sendiri dan orang lain yang berhampiran,” dia memberitahu AFP.

“Para mangsa dikejarkan ke hospital dan kemudian disahkan bahawa 15 orang terbunuh, tidak termasuk pengebom berani mati itu.”

Serangan berlaku selepas kira-kira 32 orang terbunuh dalam letupan bom di Yola, timur laut Nigeria, pada malam Selasa lalu, yang juga mempunyai ciri-ciri pemberontak Islam presiden Muhammadu Buhari, yang telah memberi tempoh kepada pemerintah tenteranya hingga bulan depan supaya menumpaskan para militan, menyifatkan kedua-dua serangan itu sebagai ‘kejam’ dan ‘pengecut’.