15 korban serangan berani mati IS

15 korban serangan berani mati IS

BAGHDAD, IRAQ, 5 Jan (AFP) – Sekurang-kurangnya 15 maut manakala 22 lagi cedera selepas lima pengebom berani mati melancarkan serangan di pangkalan tentera kerajaan di utara Baghdad, kelmarin.

Sumber pihak berkuasa memaklumkan dua daripada penyerang terbabit bertindak meletupkan alat letupan yang dipasang pada kenderaan mereka di pagar barat Kem Speicher merupakan bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di luar bandar Tikrit.

“Tiga pengebom berani mati yang lain meletupkan diri mereka sejurus memasuki salah sebuah pusat latihan,” katanya.

Gambar yang diambil pada 3 Januari 2015 menunjukkan sepasukan pro-kerajaan ahli Iraq melihat ke arah kenderaan tentera semasa pertempuran dengan kumpulan jihad negara Islam (IS), ketika mereka cuba untuk mendapatkan semua kawasan-kawasan perumahan di Ramadi, ibu kota wilayah Anbar Iraq, kira-kira 110 kilometer dari barat ibu negara Baghdad. - AFP
Gambar yang diambil pada 3 Januari 2015 menunjukkan sepasukan pro-kerajaan ahli Iraq melihat ke arah kenderaan tentera semasa pertempuran dengan kumpulan jihad negara Islam (IS), ketika mereka cuba untuk mendapatkan semua kawasan-kawasan perumahan di Ramadi, ibu kota wilayah Anbar Iraq, kira-kira 110 kilometer dari barat ibu negara Baghdad. – AFP

Dalam satu kenyataan lain, kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan pengeboman berani mati itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan IS telah meningkatkan serangan berani mati mereka sebagai respons terhadap pengunduran mereka dari Ramadi namun serangan tersebut berjaya ditangkis dan meragut sekurang-kurangnya 42 nyawa anggota kumpulan militan terbabit.

ARTIKEL YANG SAMA