15 masih hilang selepas letupan Tianjin

15 masih hilang selepas letupan Tianjin

BEIJING, 31 Ogos (dpa) – Angka kematian meningkat kepada 158 orang hari ini akibat letupan di sebuah gudang kimia di timur laut China, dengan 15 masih lagi hilang, menurut laporan.

Angka kematian termasuklah 94 orang anggota bomba dan 11 orang anggota polis yang terbunuh dalam kemalangan 12 Ogos itu, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan.

Beratus-ratus lagi cedera akibat pelbagai letupan yang memancut ke udara di bandar pelabuhan Tianjin itu. Seramai 11 orang pegawai dihukum kerana letupan itu.

Pegawai pelabuhan gagal menguruskan risiko menyimpan kimia berbahaya, kata Kementerian Keselamatan Awam.

Gudang itu, dioperasi Ruhai International Logistic Company, menyimpan kira-kira 40 jenis bahan letupan, termasuklah 500 tan bahan mudah meletup dan 700 tan bahan bertoksik tinggi, kebanyakannya sodium sianida, menurut laporan Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA