15 maut kereta api, bas mini berlanggar

15 maut kereta api, bas mini berlanggar

JOHANNESBURG, 18 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh semalam apabila sebuah bas mini terjunam dari sebuah jambatan, lalu jatuh ke atas sebuah landasan dan berlanggar dengan sebuah kereta api di timur Afrika Selatan, menurut pegawai.

“Lima belas orang kehilangan jiwa,” jurucakap jabatan kesihatan wilayah Kwa-Zulu Natal, Sam Mkhwanazi, memberitahu AFP.

Kemalangan berlaku berhampiran Shaka Head, yang terletak berhampiran dengan bandar pelabuhan timur Durban.

Netcare 911, penyedia khidmat perubatan swasta yang bergegas ke kawasan kemalangan, melaporkan 14 orang maut dan enam mengalami kecederaan, kesemua mereka yang berada di dalam bas. – AFP

Keadaan bas mini yang terjunam dari sebuah jambatan lalu dilanggar sebuah kereta api di bahagian timur Afrika Selatan. – AFP
Keadaan bas mini yang terjunam dari sebuah jambatan lalu dilanggar sebuah kereta api di bahagian timur Afrika Selatan. – AFP