15 maut serangan militan di Somalia

15 maut serangan militan di Somalia

MOGADISHU, 26 Jun (Agensi) – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam serangan bom bunuh diri oleh militan al Shahbab di sebuah hotel di tengah Mogadishu semalam sebelum diserbu pejuang, kata polis dan kumpulan militan.

Mangsa yang terbunuh termasuk pengawal, orang awam dan militan. “Kami menyerang hotel yang sering dikunjungi anggota kerajaan,” kata jurucakap ketenteraan al Shabaab, Sheikh Abdiasis Abu Musab kepada Reuters.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 20 pengawal dan orang awam terbunuh. Al Shabaab, yang sering melancarkan serangan di bandar itu dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang yang disokong barat sering memberikan angka korban lebih tinggi berbanding jumlah rasmi yang diumumkan pegawai.

Polis berkata letupan awal disebabkan oleh pengebom bunuh diri sebelum pejuang menyerbu hotel Nasahablood, dan berbalas tembak.

Pegawai berkata sebahagian tetamu hotel berjaya melarikan diri melalui pintu belakang bangunan itu.

Umat Islam di Somalia dan di seluruh dunia sedang menyambut Ramadan. Beberapa tahun sebelumnya, al Shabaab sering mempergiatkan serangan pada bulan puasa, kerap mensasaran tempat orang berkumpul sebelum atau selepas berbuka puasa.