15 maut serangan pemberontak di Congo

15 maut serangan pemberontak di Congo

GOMA, 8 Jan (AFP) – Seramai 15 orang terbunuh di timur Republik Demokratik Congo apabila pemberontak Hutu dari Rwanda menyerang orang awam dalam siri pembunuhan etnik terbaharu di wilayah itu, kata pihak berkuasa dan tentera pada Khamis.

Serangan berlaku di Miriki, 110 kilometer di utara Goma, ibu negeri wilayah Utara Kivu yang dilanda konflik.

Pengarah Maklumat Awam Misi Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) MONUSCO, Charles Bambara, berkata serangan itu menyebabkan 15 orang terbunuh dan lapan cedera.

Sementara itu, pentadbir kawasan Luberon, Bokele Joy berkata, Pasukan Demokratik bagi Pembebasan Rwanda (FDLR) mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA