15 nama bertuah dipilih dalam Cabutan Bertuah Kingston

15 nama bertuah dipilih dalam Cabutan Bertuah Kingston

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Sebanyak 15 nama bertuah telah dipilih dalam pra-cabutan bagi promosi Cabutan Bertuah Kingston Ice Cream, yang berlangsung di ibu pejabat Kingston Beverage & Creamery, Perindustrian Beribi II, di sini, petang tadi.

Cabutan bagi memilih nama-nama bertuah berkenaan telah dibuat oleh wakil-wakil media tempatan dengan disaksikan oleh pihak pengurusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd yang terdiri daripada Pengurus Pemasaran dan Jualan, Kevin Robin Jon, Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Faizal Rosli dan Eksekutif Pemasaran, Ivy Tiongco.

Para pemenang bertuah akan dimaklumkan dan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah yang akan diadakan pada 23 Julai ini, pukul 10 pagi, di Giant Hypermarket, Rimba.

Antara pihak urusan Kingston semasa undian cabutan tersebut.
Antara pihak urusan Kingston semasa undian cabutan tersebut.

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi ialah Sony Playstation 4 sebagai hadiah utama, Mountain Bike untuk pemenang kedua, Samsung Smart Phone bagi pemenang ketiga.

Para pemenang yang lainnya pula akan menerima baucar wang tunai daripada Secret Recipe dan bagi pemenang sagu hati pula akan menerima hadiah daripada Kingston.

Promosi cabutan bertuah yang diadakan dari 30 Mac hingga 30 Jun yang lalu itu telah pun menerima kira-kira 5,500 penyertaan.

ARTIKEL YANG SAMA