15 pegawai imigresen dipecat

15 pegawai imigresen dipecat

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Malaysia telah memecat 15 pegawai jabatan imigresen dan menggantung 14 yang lain selepas satu siasatan mendapati kakitangan telah berpakat dengan sindiket jenayah untuk memanipulasi sistem yang menjejaki kemasukan dan keluar, kata kerajaan.

Tipu muslihat tersebut adalah bertumpu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah bermula pada 2010, kata ketua pengarah jabatan Sakib Kusmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Kira-kira dua dozen kakitangan jabatan lain telah menghadapi tindakan pentadbiran atau diletak di bawah pengawasan, 63 orang telah dipindahkan, dan dakwaan jenayah mungkin dikenakan, kata beliau.

“Sindiket itu menggodam atau mencabul sistem kami dengan bantuan pegawai imigresen yang terbabit,” kata beliau.

Sakib menambah aktiviti itu membenarkan rangkaian penjenayah – yang dikatakan oleh beliau termasuk elemen asing – untuk memanipulasi maklumat mengenai siapa yang memasuki atau meninggalkan negara.

Tidak ada butir-butir lanjut mengenai sindiket, atau ciri-ciri atau skop sabotaj, diberikan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata pada minggu lalu bahawa kira-kira 100 orang, termasuk pegawai imigresen dan anggota sindiket penjenayah, sedang disiasat oleh pihak berkuasa berhubung pencabulan keselamatan.

Hukuman dilaksanakan pada pada awal Februari.

Sakib berkata jabatan imigresen juga akan melaksana pemindahan kakitangan di KLIA secara besar-besaran untuk mengawal kejadian tersebut daripada berulang.

Tidak disebut mengenai mana-mana penglibatan pengganas atau kumpulan pelampau dalam kejadian tersbeut, dan Sakib berkata tidak ada pegawai tinggi imigresen yang terbabit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA