15 pegawai kanan polis dinaikkan pangkat

15 pegawai kanan polis dinaikkan pangkat

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Ogos – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), seramai 15 orang pegawai kanan PDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dan seterusnya ditetapkan pangkat bermula pada 8 Ogos 2016.

Sehubungan itu, majlis penyampaian kenaikan pangkat kepada para pegawai kanan berkenaan telah diadakan di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian kenaikan pangkat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Berangkat pada majlis itu ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, yang berangkat untuk menyaksikan kenaikan pangkat anakanda berdua.

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat menghadiri kenaikan pangkat anakanda YTM, Penguasa Polis YAM Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam berkenan berangkat menghadiri kenaikan pangkat anakanda YTM, Penguasa Polis YAM Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah.
Gambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei yang telah dinaikkan pangkat.
Gambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei yang telah dinaikkan pangkat.

Juga hadir ialah Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, para pengarah, pegawai kanan, jemputan lainnya serta ahli keluarga pegawai-pegawai kanan yang diraikan.

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat berkenaan terdiri daripada Penguasa Kanan Polis Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Penguasa Kanan Polis Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali yang dinaikkan dan ditetapkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy memasang tanda kenaikan pangkat kepada Penguasa Polis YAM Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy memasang tanda kenaikan pangkat kepada Penguasa Polis YAM Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan tanda kenaikan pangkat kepada para pegawai kanan PDB yang diraikan.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan tanda kenaikan pangkat kepada para pegawai kanan PDB yang diraikan.

pg05_160816_d

Penguasa Polis Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Penguasa Polis Masni binti Haji Jamil, Penguasa Polis Haji Mohd Fadzillah bin Haji Ismail, Penguasa Polis Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Penguasa Polis Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim dinaikkan dan ditetapkan pangkat sebagai Penguasa Kanan Polis.

Timbalan Penguasa Polis Pengiran Haji Abdul Salam bin Pengiran Haji Abdul Ghani, Timbalan Penguasa Polis Mohd Noorani bin Hussin, Timbalan Penguasa Polis Haji Azree bin Haji Abdul Manaf, Timbalan Penguasa Polis Zaila binti Haji Zaini, Timbalan Penguasa Polis Suhairi bin Haji Sukri, Timbalan Penguasa Polis Haji Abdul Aji bin Haji Apong, Timbalan Penguasa Polis Hajah Rosnie binti Haji Ali dinaikkan dan ditetapkan pangkat menjadi Penguasa Polis.

Penolong Penguasa Polis Dayang Ang Lay Bee dinaikkan dan ditetapkan pangkat sebagai Timbalan Penguasa Polis.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA