15 pelanggan bertuah FreshCo menang hadiah menarik

15 pelanggan bertuah FreshCo menang hadiah menarik

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Seramai 15 orang pelanggan bertuah yang membeli-belah dan makan di FreshCo, menerima hadiah dalam cabutan bertuah Shop, Dine & Win yang berlangsung di FreshCo, hari ini.

Hadiah utama, dalam cabutan ke-12 yang diadakan bagi 2015, berupa baucar bernilai $388 telah dimenangi oleh Hajah Hasnah binti Haji Ghani.

Selain hadiah utama, para pemenang juga membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk baucar dan pelbagai barangan elektronik.

Siri cabutan bertuah itu, yang sudah memasuki tahun ke-2, merupakan salah satu usaha FreshCo sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan yang terus memberikan sokongan.

Para pemenang cabutan bertuah bergambar ramai di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di FreshCo, kelmarin.
Para pemenang cabutan bertuah bergambar ramai di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di FreshCo, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA