15 pelanggan Kingston terima hadiah menarik

15 pelanggan Kingston terima hadiah menarik

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Julai – Seramai 15 orang finalis dalam Cabutan Bertuah Aiskrim Kingston 2016 anjuran Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd menerima hadiah masing-masing dalam majlis penyampaian hadiah utama yang berlangsung di kawasan pintu masuk Pasar Raya Giant, Rimba, semalam.

Pada majlis itu, hadiah pertama berupa Sony Playstation 4 dimenangi oleh Hajah Saleha binti Pengarah Haji Basi, hadiah kedua berupa basikal menjadi milik Awang Abdul Hafizil Mu’iz bin Haji Abu Bakar manakala itu, Dayang Nurfuziah binti Mohd Shamsul membawa pulang hadiah ketiga berupa telefon pintar Samsung.

Pemenang keempat hingga ke-10 pula, masing-masing menerima baucar tunai daripada $40 hingga ke $100, sementara itu lima lagi menerima hadiah sagu hati berupa beg cenderahati Aiskrim Kingston.

Sesi bergambar ramai bersama para pemenang Cabutan Bertuah Aiskrim Kingston 2016.
Sesi bergambar ramai bersama para pemenang Cabutan Bertuah Aiskrim Kingston 2016.

Hadiah pada pusingan pertama telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Valentine Hon, manakala hadiah pada pusingan kedua telah disampaikan oleh Pengurus Besar Pasar Raya Giant, Dayang Nur Fatimah dan Pengarah Pengurusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim.

Promosi cabutan bertuah berkenaan telah berjalan dari 30 Mac hingga 30 Jun dengan sebanyak 5,500 penyertaan telah diterima daripada pasar-pasar raya dan kedai-kedai runcit di Daerah Brunei Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA