15 pereka muda ASEAN berentap di pentas akhir KLFWRTW 2016

15 pereka muda ASEAN berentap di pentas akhir KLFWRTW 2016

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Seramai 15 peserta dalam kalangan pereka muda dari rantau ASEAN mempamerkan rekaan mereka pada pusingan akhir pertandingan ‘AirAsia Runway Ready Designer Search’ di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFWRTW) 2016, di sini, hari ini.

AsiaAsia dalam kenyataannya hari ini memaklumkan jelajah pencarian bakat baru telah diadakan di Jakarta, Manila, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok bermula Mac hingga Jun lepas, bertujuan untuk mengetengahkan belia serta membangunkan bakat muda dalam industri fesyen.

“AirAsia berbangga membawa para peserta dari lima negara ke Kuala Lumpur untuk pusingan terakhir AirAsia Runway Ready Designer Search. Kami amat kagum dengan kualiti rekaan pereka muda ini dan ini memperlihatkan kualiti hebat bakat-bakat yang boleh ditemui di ASEAN.

Bakat-bakat muda Asean yang bakal bersaing di pentas akhir KLFWRTW.
Bakat-bakat muda Asean yang bakal bersaing di pentas akhir KLFWRTW.

“Sepanjang pertandingan ini, para peserta diberi peluang untuk menimba ilmu daripada ramai pereka fesyen tersohor dan pemilik perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar.

Anurak Jaidee dari Thailand dinobatkan sebagai pemenang utama dengan gelaran ‘AirAsia’s Most Promising Young Designer 2016’ yang akan berpeluang mempamerkan koleksi penuh beliau pada KLFWRTW 2017, tahun depan.

Beliau juga akan memperoleh khidmat mentor daripada KLFWRTW selama setahun, dana berjumlah RM25,000 tajaan FashionValet bagi menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG berjumlah 150,000 serta tiket pergi balik penerbangan AirAsia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA