15 peserta sertai kursus Taekwondo

15 peserta sertai kursus Taekwondo

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 24 Mei – Jabatan Pendidikan KoKurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Jasmani (Seni Bela) dengan kerjasama Persatuan Taekwando Negara Brunei Darussalan telah menganjurkan Kursus Pengenalan Asas Taekwondo bagi Guru-guru Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Temburong selama empat hari sejak 19 Mei lalu.

Penyampaian sijil tamat kursus telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Ajmin bin Haji Meludin di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini.

Seramai 15 peserta dari Sekolah Rendah (SR) Amo, SR Negalang, SR Piasau-Piasau, SR Sultan Hashim Batu Apoi, SR Selangan dan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.

Kursus ini dijayakan oleh tiga orang jurulatih daripada Persatuan Taekwando Brunei Darussalam selaku fasilitator iaitu Awang Bahrin bin Haji Abdul Rahman, Dayang Hajah Hazrina binti Haji Abdul Jalil dan Awang Asmawi bin Haji Ibrahim.

Awang Ajmin menyampaikan sijil kepada peserta.
Awang Ajmin menyampaikan sijil kepada peserta.
Tetamu kehormat, pengetua SMSH Bangar, para guru besar serta pegawai Jabatan Pendidikan KoKurikulum Daerah Temburong bergambar ramai bersama peserta selepas tamat kursus.
Tetamu kehormat, pengetua SMSH Bangar, para guru besar serta pegawai Jabatan Pendidikan KoKurikulum Daerah Temburong bergambar ramai bersama peserta selepas tamat kursus.
Antara peserta yang menyertai kursus asas Taekwondo.
Antara peserta yang menyertai kursus asas Taekwondo.

Antara tujuan kursus ini ialah untuk memperkenal dan memperkembangkan sukan seni bela diri Taekwondo kepada guru-guru di sekolah rendah dan menengah khususnya di daerah ini melalui guru-guru pendidikan jasmani dan jurulatih sukan.

Di samping itu, ia juga diadakan untuk melahirkan generasi yang berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak selain menyemai sifat dan nilai murni bagi membolehkan guru-guru menimba ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran asas dan mengembangkannya demi mencapai kecemerlangan.

Menurut salah seorang peserta, Taekwondo pada dasarnya memberikan seseorang itu keyakinan dan jati diri yang tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA