15 ribu motosikal bakal gegar Port Dickson

15 ribu motosikal bakal gegar Port Dickson

SEREMBAN, 28 Ogos – Sebanyak 15,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan serantau Asia dijangka menyertai Festival Motosikal Antarabangsa Port Dickson (PDIBF) 2016 di Mayang Sari Resort, Port Dickson selama tiga hari mulai 2 Sept ini.

PDIBF adalah acara tahunan anjuran Kelab Motosikal Daerah Seremban (SDMC) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).

Presiden SDMC Azhar Abd Aziz berkata festival itu akan turut disertai beberapa syarikat korporat selain lebih 50 gerai jualan dan pameran pelbagai motosikal berkuasa tinggi, aksesori motosikal, pakaian, makanan dan barangan lain.

“Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan hiburan dari kugiran tempatan serta cabutan bertuah. Sempena Bulan Kebangsaan, aktiviti seperti nyanyian NegaraKu dan kibaran Jalur Gemilang semasa konvoi juga bakal dilaksanakan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA