15 sertai Bengkel Asas Fotografi

15 sertai Bengkel Asas Fotografi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 22 Feb – Seramai 15 orang menyertai Bengkel Asas Fotografi yang diadakan sempena Pertandingan Fotografi Pusat Membeli-belah Sentral yang masih dibukakan penyertaannya sehingga 7 Mac depan.

Bengkel yang dianjurkan di pusat berkenaan telah dikendalikan oleh seorang jurugambar profesional dan berpengalaman luas dalam bidang fotografi, iaitu Cyril Canvas.

Antara yang dikongsikan dalam bengkel tersebut termasuklah pengenalan mengenai penggambaran mega piksel, resolusi, jenis fail, pendedahan manual, pendedahan segi tiga, kelajuan shutter, ISO, mengenali kamera, garis pandu untuk fotografi dengan komposisi yang lebih baik dan sebagainya.

Di samping itu, para peserta bengkel turut diberikan tip dan pengetahuan semasa sesi praktikal dengan mengambil gambar berdasarkan topik-topik tertentu di kawasan pusat berkenaan berdasarkan tema pertandingan fotografi iaitu ‘Saat Gembira di Sentral’.

Antara barisan penaja pertandingan ini termasuk Syarikat Interhouse, yang memperkenalkan jenama Canon dalam perniagaannya, Pusat Membeli-belah KBSentral sebagai penganjur dan disokong oleh Yappe IT Store.

ARTIKEL YANG SAMA