15 tahanan Guantanamo dihantar ke UAE

15 tahanan Guantanamo dihantar ke UAE

PORT-AU-PRINCE, Haiti, 16 Ogos – Seramai 15 orang tahanan di pusat tahanan Guantanamo Bay telah dihantar ke Emiriah Arab Bersatu yang merupakan pembebasan tahanan tunggal terbesar semasa pentadbiran Obama, Pentagon mengumumkan semalam.

Amerika Syarikat (AS) berterima kasih kepada kerajaan UAE kerana sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dan menyokong usaha berterusan AS untuk menutup kemudahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo. Perpindahan yang terbaharu ini menyaksikan jumlah banduan di Guantanamo berkurangan kepada 61 orang.

Pemindahan 12 warga Yaman dan tiga warga Afghanistan ke UAE itu dilakukan di tengah-tengah dorongan baru untuk mengurangkan jumlah tahanan di penjara AS di Cuba, berikutan dengan usaha Presiden Barack Obama yang ingin menutup penjara tersebut. Pentagon berkata 61 tahanan kini kekal di Guantanamo, yang dibuka pada bulan Januari 2002 yang bertujuan untuk menahan pejuang asing yang disyaki mempunyai hubungan dengan Taliban atau pertubuhan pengganas al-Qaeda.

Semasa pentadbiran Bush, 532 banduan telah dibebaskan dari Guantanamo, kebanyakan dalam kelompok yang besar menuju ke Afghanistan dan Arab Saudi.

Gambar fail pada 21 Novemver 2013 menunjukkan bekas Kem X-Ray, yang telah digunakan sebagai pusat tahanan pertama untuk al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap selepas serangan 11 September, di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo, Cuba. Pentagon mengumumkan semalam bahawa lima belas tahanan di pusat tahanan Guantanamo Bay telah dibebaskan ke Emiriah Arab Bersatu. – AP
Gambar fail pada 21 Novemver 2013 menunjukkan bekas Kem X-Ray, yang telah digunakan sebagai pusat tahanan pertama untuk al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap selepas serangan 11 September, di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo, Cuba. Pentagon mengumumkan semalam bahawa lima belas tahanan di pusat tahanan Guantanamo Bay telah dibebaskan ke Emiriah Arab Bersatu. – AP

Kumpulan terbaru tahanan yang dibebaskan itu dibebaskan tanpa apa-apa ikatan di Guantanamo, sebilangan mereka ada yang dipenjarakan sehingga 14 tahun. Mereka telah disahkan untuk dikeluarkan oleh Lembaga Kajian berkala, terdiri daripada wakil-wakil dari enam agensi kerajaan AS.UAE berjaya menempatkan semula lima tahanan yang dipindahkan ke sana tahun lepas, menurut Pentagon.

Lee Wolosky, wakil khas Jabatan Negara bagi penutupan Guantanamo, berkata A.S. menghargai usaha Emiriah Arab Bersatu kerana menerima kumpulan terbaru 15 lelaki itu dan membantu membuka jalan bagi penutupan pusat tahanan itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA